June 7, 2011

Surat Arahan MEK (2) Pembetulan dan Definisi

ARAHAN daripada Majlis Eksekutif Kebangsaan (MEK), Pemuda Sosialis Parti DAP Malaysia (DAPSY).

Tarikh : 7 hb Jun, 2011 PENTING

Saudara / saudari MEK,

Bersangkut dengan surat pekeliling arahan MAT Bahagian SKDAPSY2011(1), saya ingin membuat pembetulan bahawa cut off date yang diberikan oleh Bahagian Organisasi Kebangsaan, Ibu Pejabat DAP ialah 31 hb Januari, 2011. Bukannya 31 hb Mac, 2011.

Definisi di bawah dipakai :-

Perlembagaan DAPSY Clause 3- Membership

3.1 any person of Malaysian nationality who is 17 years of ages but is or below 40 by the relevant calendar year and is already a qualified member of DAP shall automatically become a member of the DAPSY.

Maksud calendar year ialah seseorang ahli Parti dilahirkan pada atau selepas tahun 1971.
Maksud ahli Parti yang layak ialah seseorang ahli Parti yang telah membayar yuran keahlian partinya selewat-lewatnya pada 31 hb Januari, 2011 dan nama tersebut telah disahkan benar oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan, DAPSY.

Walaubagaimanapun, AJK Bahagian dibenarkan menjemput ahli-ahli Parti / ADUN Kawasan / Ahli Parlimen untuk memerhati atau merasmikan MAT Bahagian masing-masing.

Sebarang pertanyaan, silalah hubungi ahli-ahli MEK di Lampiran A, atau Saudara Teo Kok Seong, Setiausaha Organisasi Kebangsaan, DAPSY (Tel: 019-2822698 email : teokokseong@gmail.com ) atau saya sendiri di talian 016-2328828 atau email chloh88@gmail.com

Yang menurut arahan,



Loh Chee Heng
Setiausaha Kebangsaan,
Parti Pemuda Sosialis DAP, Malaysia