June 28, 2011

pembetulan tanda nama jalan di persimpangan jalan sungai besi / jalan gelang



aduan saya dituju kepada pengarah, jabatan pengangkutan bandar dewan bandaraya kuala lumpur kelmarin telah berjaya menarik perhatiannya. aduan saya berbunyi tanda nama jalan yang dipasang dan ditaja oleh sesebuah syarikat swasta menunjukkan arah terbalik "Jalan Loke Yew" di persimpangan jalan sungai besi dan jalan gelang. surat jawab timbalan pengarah jabatan tersebut telah mengarahkan syarikat terbabit mempetulkan nama itu demi keselesaan pengguna jalan raya.
saya merakamkan ucapan terima kasih kepada DBKL yang sentiasa peka dan bertindak pantas kepada aduan-aduan yang dikemukan.