March 13, 2010

Datuk Seri Datuk Bandar Kuala Lumpur

Saya harus memberikan tepukan kepada Datuk Seri Dato' Ahmad Fuad yang dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur. Saya telah nampak ada serba sedikit perubahan diatas sistem urus tadbir di bawah pimpinannya. Walaupun slogan kata terpapar di Menara DBKL 1 "Pimpinan Melalui Taladan" yang selama ini merupakan janji kosong bagi mantan-mantan pegawai kanan di DBKL!

Sikap dan arahan Datuk Seri meminta perbelanjaan wang secara berhemah dan jimat cermat sangat-sangat dihargai tetapi kami sebagai rakyat jelata yang menjelaskan cukai pintu DBKL, membayar kompaun / saman DBKL, membayar meter parkir elektronik, secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan DBKL. Kerajaan pusat menganggarkan bajet bagi tahun 2010 ialah 210 million. Warga kota berasa tidak senang hati kerana tidak dapat meyentuh infrastuktur yang dapat dirasai, tidak dikatakan jejambat dilengkapi penyawa udara di pusat beli belah penjuru segi bintang tiga di bukit bintang. Infrastruktur asas dan padang permainan kanak-kanak yang merupakan asas keperluan Rakyat pun tidak dapat dipenuhi!

Apatah lagi DBKL telah mengumumkan lagi di media membelanjakan RM250,000 untuk road show F1 di depan Jalan Binjai / lorong Binjai. Konsesi PETRONAS mempunyai pendapatan bersih lebih kurang RM400 million bagi tahun lepas. Adakah berbaloi, DBKL berbuat demikian?

Datuk Seri, ramai lagi keluarga berpendapatan rendah tinggal menyewa di rumahpangsa / perumahan awam DBKL sekitar ibu kota. Bantuan wang semasa sambutan Hari Raya, Tahun Bahru Cina atau Deepavali setiap keluarga RM300 dibahagikan kepada 12 bulan setiap bulan RM25 sahaja untuk membantu mereka adakah cukup??

Silalah Datuk Seri termenung, apakah RM250,000 itu diberikan kepada keluarga miskin ini lebih bagus? Bolehkah Datuk Seri mengambil contoh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang memulangan wang sara hidup setiap warga emas mencapai umur 60 tahun diberikan RM100 setiap orang ??

Sekian,



Loh Chee Heng
Setiausaha Kebangsaan,
Pemuda Sosialis Parti DAP Malaysia

Lampu padang rekreasi / permainan tidak bernyala

Saya berasa kecewa diatas tindakan dan prestasi petugas yang diamanahkan tugas oleh pihak pengurusan dan pentadbiran Jabatan Seni Taman & Kawalan Pembersihan Bandar, DBKL baru-baru ini. lanjutan berbanyak kali aduan dimajukan kepada jabatan ini lampu-lampu awam mengelilingi padang permainan kanak-kanak di Jalan Midah Tengah, Taman Midah tidak berfungsi pada waktu malam melebihi 1 bulan, sukacitanya tindakan ada diambil dalam masa 1 minggu; dukacitanya perkara yang sama berlaku selepas hari hujan. Penjelasan jabatan disebabkan jump suis tertutup dengan sendiri apabila ribut petir untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius dan memerlukan wang baiki yang banyak.

Saya tidak mempertikaikan fungsi jump suis yang serba membantu meringankan kerosakan lampu awam tetapi apa yang diminta oleh penduduk dan rakyat ialah pemeriksaan oleh merinyu jabatan haruslah bekerja lebih keras lagi demi memastikan lampu berfungsi seperti biasa selepas jump suis berlaku di taman-taman permainan kanak-kanak. Misalnya Jalan Senjolong 2 / 3, Taman Pertama dan juga alat-alat permainan rekreasi yang banyak rosak.

Loh Chee Heng
Setiausaha Negeri,
Parti DAP W.Persekutuan