June 5, 2011

Arahan Untuk Semua Ahli DAPSY Dari MEK

ARAHAN daripada Majlis Eksekutif Kebangsaan (MEK), Pemuda Sosialis Parti DAP Malaysia (DAPSY).

Semua Bahagian DAPSY mestilah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 15 Jun, 2011 hingga 15 Julai, 2011 (selama 1 bulan).

Semua Setiausaha Bahagian, ambil perhatian Perlembagaan DAPSY Perkara 14.2 bahawa Setiausaha Bahagian haruslah menghantarkan notis pemberitahuan kepada ahli-ahli DAPSY untuk mengadakan MAT Bahagian 7 hari selepas AJK Bahagian menetapkan tarikh MAT. Dalam notis pemberitahuan itu haruslah mengandungi tarikh, masa dan tempat bermesyuarat, agenda mesyuarat dan penyata kewangan.

Mengikut ketetapan yang dinyatakan dalam Perlembagaan DAPSY, kuorum untuk mengesahkan sesebuah MAT Bahagian ialah 9 orang ahli Parti yang layak.

Ahli-ahli DAPSY sesebuah bahagian sahaja dibenarkan menghadiri MAT Bahagian.

Agenda Mesyuarat Agung Tahunan

(i) Ucapan Ketua Pemuda Bahagian;
(ii) Membentang dan Meluluskan minit Mesyuarat Tahun Lepas;
(iii) Membentang dan Meluluskan satu laporan kerja Jawatankuasa Bahagian;
(iv) Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan Tahun Lepas;
(v) Membentang dan Meluluskan resolusi-resolusi;
(vi) Pemilihan terus 12 orang ahli DAPSY Bahagian ke Jawatankuasa Baru. 12 calon yang berjaya dikehendaki memilih diantara satu dengan yang lain untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda Bahagian, Penolong Ketua Pemuda Bahagian, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Setiausaha Organisasi, Setiausaha Publisiti, Pengarah Pendidikan Politik dan empat (4) orang ahli jawatankuasa biasa.
(vii) Pemilihan dua (2) orang ahli DAPSY yang bukannya Ahli Jawatankuasa sebagai Juru Audit sehingga MAT yang akan datang.
(viii) Perbincangan perkara-perkara lain.

Ambil Perhatian:-

Untuk Bahagian yang tidak berjaya mengadakan MAT untuk kali 1, panggilan untuk mengadakan MAT haruslah diadakan lagi yang mana kuorum untuk mengesahkan mesyuarat ialah 9 orang ahli Parti yang layak.


Perlembagaan DAPSY Clause 3- Membership

3.1 any person of Malaysian nationality who is 17 years of ages but is or below 40 by the relevant calendar year and is already a qualified member of DAP shall automatically become a member of the DAPSY.

Maksud ahli Parti yang layak ialah seseorang ahli Parti yang telah membayar yuran keahlian partinya selewat-lewatnya pada 31 hb Mac, 2011 dan nama tersebut telah disahkan benar oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan, DAPSY.

Walaubagaimanapun, AJK Bahagian dibenarkan menjemput ahli-ahli Parti / ADUN Kawasan / Ahli Parlimen untuk memerhati atau merasmikan MAT Bahagian masing-masing.

Makluman Tambahan:-

Bahagian yang GAGAL mengadakan MAT

(i) Tidak Layak menghantar wakil ke Konvention Biasa Negeri DAPSY (DAPSY State Ordinary Convensyen) sepertimana yang ternyata dalam Perlembagaan DAPSY Perkara 12 ;
**(tiada kena mengena bagi Negeri tidak ada Jawatankuasa DAPSY Negeri)

(ii) Tidak Layak menghantar wakil ke Kongres Kebangsaan DAPSY (DAPSY National Congress) sepertimana yang ternyata dalam Perlembagaan DAPSY Perkara 7 .

Arahan Kepada Speaker

Borang speaker A1 dan A2 haruslah dihantar kepada Setiausaha Oragnisasi Negeri sebaik sahaja sesebuah MAT Bahagian berjaya diadakan. Setiausaha Organisasi Negeri haruslah menghantarkan kesemua borang-borang Speaker kepada (i) Setiausaha Kebangsaan DAPSY dan (ii) Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAPSY secepat yang mungkin.

Sebarang pertanyaan, silalah hubungi ahli-ahli MEK di Lampiran A, atau Saudara Teo Kok Seong, Setiausaha Organisasi Kebangsaan, DAPSY (Tel: 019-2822698 email : teokokseong@gmail.com ) atau saya sendiri di talian 016-2328828 atau email chloh88@gmail.com

Yang menurut arahan,

Loh Chee Heng
Setiausaha Kebangsaan,
Parti Pemuda Sosialis DAP, Malaysia

LAMPIRAN A:-

Ahli-Ahli MEK Ditugaskan Mengadakan MAT Bahagian di Negeri-Negeri Masing-masing

(i) Perlis / Kedah / Pulau Pinang Ng Wei Aik / Teoh Boon Kok
(ii) Perak Wong Kah Woh
(iii) Selangor Edward Ling Sieak Meeng
(iv) Kuala Lumpur Loh Chee Heng
(v) Negeri Sembilan Teo Kok Seong
(vi) Malaka Tey Kok Kiew
(vii) Johor MAT Bahagian sedang dijalankan.
(viii) Pahang Lee Chin Chen
(ix) Sabah / Sarawak Loke Siew Fook