December 30, 2013

Sinar Harian 30 Desember 2013 PEMBERIAN baucar RM30 oleh kerajaan negeri sebagai salah satu cabang bantuan bagi melengkapkan persiapan persekolahan yang akan bermula minggu ini, tiba-tiba menjadi sebutan. Tidak hanya cakap-cakap itu berlegar dalam kalangan penerima tetapi ada kalangan wakil rakyat yang turut mempertikai nilai pemberian tersebut. Semalam, Adun Telok Datok, Loh Chee Heng menyifatkan nilai baucar berkenaan tidak praktikal berdasarkan ekonomi semasa. Beliau mencadangkan supaya kerajaan negeri mengkaji semula nilai yang diberikan dan memberi bantuan persekolahan secara konsisten. Sementara Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Melawati pula mengambil pendekatan menyerahkan bantuan beg sekolah sebagai menggantikan baucar RM30 yang ditawarkan kerajaan negeri. Penyelarasnya, S Manikavasagam menyifatkan pemberian beg lebih efektif berbanding baucar untuk mengelakkan penerima bersusah payah mengeluarkan kos ke bandar untuk mendapatkan barangan anak-anak sebagai tukaran kepada baucar berkenaan. Berlainan pula kenyataan Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau. Beliau memaklumkan insentif RM30 itu khusus untuk bantuan kasut sekolah dan pemberian dimulakan sejak 15 Disember lalu. Persoalannya, tidak adakah sebarang penjelasan dibuat sebelum baucar berkenaan diserahkan sehingga timbulnya pelbagai persepsi? Secara logiknya, adakah tindakan pemberian baucar RM30 itu memadai? Wartawan dan skuad Sinar Harian mendapatkan komen pelbagai pihak bagi memahami kisah di sebalik isu ini.
Sinar Harian 29 Desember 2014 Kaji semula pemberian baucar WARTAWAN SINAR HARIAN TELOK DATOK - Bantuan kerajaan negeri berbentuk baucar bernilai RM30 kepada setiap murid disifatkan tidak praktikal berdasarkan keadaan ekonomi semasa khasnya golongan berpendapatan rendah. Adun Telok Datok, Loh Chee Heng berkata, masih terdapat dalam kalangan segelintir anggota masyarakat di kawasan Kampung Sungai Sedu tidak mampu menyediakan sarapan untuk keluarga. Menurutnya, apatah lagi untuk membelikan baju dan peralatan sekolah anak sekali gus beliau menyifatkan saluran bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri perlu lebih praktikal. “Saya bukan ingin membantah segala peruntukkan yang diberikan tetapi apabila melihat sendiri kesengsaraan ibu bapa yang terpaksa mencari pendapatan untuk seisi keluarga dengan jumlah anak yang ramai keadaan ini perlu diambil perhatian. “Lebih menyedihkan apabila musim persekolahan bermula, pelbagai persiapan perlu disediakan ibu bapa sehingga anak terpaksa mengugut ibu bapa sekiranya tidak dapat menyediakan kelengkapan diminta,” katanya kepada Sinar Harian ketika melawat Sekolah Rendah Tamil Sungai Sedu. Chee Heng berkata, sehingga kini 600 keping baucar diperuntukkan untuk murid sekolah di kawasan Sungai Manggis, Sungai Sedu dan sebahagian Taman Delima, namun apabila memikirkan kawasan yang dijaga sehingga Bandar Saujana Putra yang mencecah hampir 20,000 penduduk, beliau menyarankan supaya pemberian baucar berkenaan perlu dikaji semula. Katanya, bayangkan jika ibu bapa yang layak datang berjumpa dengan pihaknya memohon baucar tersebut, sudah tentu beliau tidak boleh menolak walaupun tidak mencukupi. “Hakikatnya, saya terpaksa menggunakan elaun saya sendiri untuk menambah jumlah peruntukkan sehingga kadang kala berasa sampai bila keadaan ini terus berlaku jika tiada pihak memandang serius. “Memang tugas wakil rakyat membantu kebajikan rakyat, namun tidak adil sekiranya bantuan disalurkan tidak memenuhi jumlah murid memerlukan,” katanya. Chee Heng berharap kerajaan negeri harus memberikan bantuan sekolah secara konsisten pada setiap tahun khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah (paras pendapatan di bawah RM1,000 setiap bulan) seperti keluarga yang bekerja di ladang, kebun mahupun pekerja kilang yang lebih memerlukan bantuan tersebut. Katanya, beliau bimbang sekiranya perkara ini tidak diberikan perhatian serius akan menyebabkan generasi muda ini keciciran seterusnya tidak mementingkan soal pendidikan sekali gus melahirkan generasi kurang berpengetahuan.

November 18, 2013

Solan Sidang Dewan Negeri Selangor Nov_Dec Pertanyaan Bertulis

Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Ketiga Belas Tahun 2013 (pada 19-22 Nov, 25-19 Nov dan 02 Dec, 2013) -PERTANYAAN BERTULIS 1)Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:- Apakah status pembangunan Kota Seri Langat di Sungai Sedu? (i)Sila nyatakan anggaran kos pembinaan; (ii)Keluasan tanah yang di ambil dan kos pembinaan yang terlibat; dan (iii)Adakah Bangunan Baru Majlis Daerah Kuala Langat akan dibina oleh Kerajaan Negeri dan berpindah ke Kota Seri Langat. 2)Apakah status dan perkembangan pengurusan tanah perkuburan Kampung Sungai Kelambu, Banting, Selangor? 3) Apakah status terkini permohonan membina gelanggan bola keranjang jenis bumbung di Telok Bunut, Banting; i) Sila menyatakan kos pembinaan yang terlibat; ii) Maklumat kontraktor yang dilantik. 4) Sila menyatakan Projek MARRIS yang telah dijalankan sejak Tahun 2008 hingga Bulan Oktober 2013 di dalam kawasan DUN Telok Datok. 5) Sila menyatakan jumlah pemohonan yang diterima sejak Tahun 2008 dalam Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, yang termasuk jumlah kelulusan, jumlah tolak, sebab tolak mengikut susunan Daerah. 6) Sila menyatakan jumlah permohonan Hadiah Pengajian IPT di Negeri Selangor. i)Jumlah permohonan yang diluluskan dan ditolak di dalam DUN Telok Datok sejak Tahun 2008 hingga Oktober, 2013 7). Berapakah jumlah sekolah rendah mengikut aliran jenis kebangsaan Cina, tamil,agama dan sekolah menengah yang telah dibina di dalam Daerah kuala langat, Petaling , Sepang dan Klang sejak tahun 2008 hingga bulan Oktober 2013. i) sila menyatakan status pembinaan sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah yang amat diperlukan untuk lebih hampir 20,000 ribu penduduk di Bandar Saujana Putra, Puchong; ii) sila menyatakan keluasan tapak yang telah diwartakan sebagai tapak sekolah ; dan iii) kos pembinaan. 8). Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti tanah kerajaan di Daerah kuala langat atau di Sepang untuk membina sebuah krematorium moden demi kemudahan dan keselesaan Rakyat, i)sila menyatakan kos pembinaan; ii)keluasan tapak dan iii) kos pembinaan. 9) .Berapakah jumlah peruntukkan yang diluluskan oleh kerajaan negeri untuk menaik taraf stadium jugra , telok datok yang bersejarah, dan merupakan medan latihan yang mewujudkan ramai atlet sukan negara yang ternama. i) sila menyatakan butir-butir lengkap perabot sukan / peralatan yang akan dinaiktaraf. ii)sama ada kerajaan negeri akan mengekalkan kadar mampu sewa kepada orang ramai atau harga sewa akan melampung naik selepas siap kerja naik taraf. 10).Sila menyatakan jumlah tuntutan perjalanan, mesyuarat dan makanan kesemua EXCO MMKN termasuk YAB Dato Menteri Besar sejak bulan Mei hingga Oktober 2013.

soalan sidang dewan negeri selangor 2013 Nov_Dec Pertanyaan Mulut

Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Ketiga Belas Tahun 2013 (pada 19-22 Nov, 25-19 Nov dan 02 Dec, 2013) -PERTANYAAN MULUT 1)Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:- Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membantu pekebun-pekebun sayur membaharui permit penggunaan tanaman di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di sebahagian kawasan Kampong Sungai Kelambu? i) SIla menyatakan tapak tanah Kerajaan yang di buka untuk tujuan tanaman sayur-sayuran di Daerah Kuala Langat dan Sepang; ‘ ii) Apakah jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu para pekebun yang memainkan peranan sebagai peransang ekonomi Negeri? 2) Adakah Kerajaan Negeri mewujudkan pengangkutan awam percuma menyambungi Bandar dan Pekan pinggiran pantai khususnya di dalam Daerah Kuala Langat? 3)Apakah dasar terkini penempatan semula Kuil Hindu, Tokong Cina,Persatuan Penduduk dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang mana struktur premis dibina dan menduduki diatas tanah milik Kerajaan? i) Adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengeluarkan Lesen Menduduki Sementara (T.O.L) kepada Persatuan / Pertubuhan tersebut? ; ii) Adakah Kerajaan Negeri menyediakan tapak baru untuk menempatkan Persatuan / Pertubuhan?; iii) Sila menyatakan jumlah wang, maklumat-maklumat penerima dari tahun 2008 sehingga bulan Oktober 2013 di DUN Telok Datok. 4)Sila menyatakan jumlah peruntukkan yang dibelanjakan oleh Selangorku dalam menambah baikkan infrasturuktur asas Kampung Jenjarom.Kampong Seri Cheeding, Kampung Telok Datok, Kampong Fatimah dan Bukit Perah sejak Tahun 2008 hingga Oktober 2013; i) Sila menyatakan kerja-kerja penambahbaikan yang dilakukan; ii) Jumlah kos setiap kerja yang telah dilakukan. 5)Berapakah jumlah peruntukkan yang digunakan untuk memaju dan mempromosikan sektor pelancongan di Negeri Selangor. i) jumlah pecahan mengikut susunan Daerah sejak tahun 2008 hingga Bulan Oktober 2013, ii) sila menyatakan jenis-jenis projek dan program yang telah di lancarkan di Daerah Kuala Langat; iii) sebarang projek dan cadangan untuk membangunkan kolam-kolam di Bandar Saujana Putra sebagai tampat beristirehat, riadah dan aktiviti sukan air? 6) Berapakah jumlah peruntukkan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk menebat banjir di DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib sejak Tahun 2008 sehingga Bulan Oktober, 2013? i) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina kolam takungan air di Pekan Banting untuk menyelesaikan masalah banjir ? ii) Apakah perancagan jangka pendek dan panjang untuk meleraikan masalah banjir di Pekan Banting oleh Kerajaan Negeri? 7) Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengiktiraf Pihak Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bagi tujuan naik taraf sebagai sebuah Majlis Perbandaran? i) Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membina sebuah Wisma MDKL yang baru dan dilengkapi dengan teknologi moden untuk semua Warga MDKL memandangkan Bangunan yang sediada berkeadaan padat ? ii) Jika Ya, sila berikan lokasi dan nyatakan kos pembinaan ; iii) Jika Tidak, mengapa? 8) Sila menyatakan pecahan peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam kerja-kerja Pengindahan Bandar dan Desa mengikut susunan setiap Daerah sejak tahun 2008 sehingga Bulan Oktober 2013? i) sebarang perancangan Kerajaan Negeri untuk mengindahkan Jalan Sungai Buaya, Kampong Sungai Jarom yang diminati dengan pelawat dalam dan luar negeri melancong ke Jenjarom. 9) Sejauh manakah Program “Blurprint” Pembasmian kemiskinan dinampak berkesan untuk meleraikan masalah miskin tegar di kalangan Rakyat Negeri Selangor? i) sila menyatakan maklumat golongan miskin tegar mengikut susunan kaum di dalam DUN Telok Datok yang telah berdaftar dalam program ini; ii) apakah bantuan yang berkesan untuk membuahkan hasil meleraikan masalah miskin tegar di Rakyat DUN Telok Datok? 10) Sila menyatakan sejauh manakah Dana Industri Kecil Negeri Selangor mendatangkan kesan membantu peniaga-peniaga membangunkan perniagaan? i) sila menyatakan angka permohonan mengikut susunan kaum di dalam DUN Telok Datok yang telah berdaftar dalam program ini; ii) jumlah kelulusan dan tolak. YB Tuan Loh Chee Heng Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan N52 Telok Datok.

August 18, 2013

太近民宅制造污染 非法竹炭厂遭查封 • 雪隆 • 地方新闻 2013-05-30 12:53 (直落拿督29日讯)双溪西都一块农耕地上非法运作的工厂,专生产精美竹炭至日本,因罔顾距离约5尺远的200户居民安全及环境污染课题,在瓜冷县议会多次劝告停运不果后,今日遭执法官员上门强制封厂。 同时,该竹炭厂左右两旁同属非法运作的红砖厂和刨木屑厂也同遭下令封厂。 没有防火设备 行动党直落拿督区候任州议员罗志兴今早10时与瓜冷县议会执法组主任诺丽达等人,一同到上述工厂执行任务,随同包括瓜冷县议员邱宗德、洪友亮及纳迪森。 罗志兴指出,该处原属农耕地,设在棕油园处。 竹炭厂的前身为一间持有家私执照的业者拥有,并在该处营业了约20年。 “后来业者结束生意,于3个月前,改由一名日本投资者和本地华商合作从事精美包装的竹炭,并运往日本出售。” 他说,遗憾的是,厂商除没有执照外,也不遵守环境条规,厂房距离民宅不足5尺,完全没有防火设备,一旦失火,必殃及无辜居民。 日夜运作噪音扰民 竹炭厂日以继夜运作,除制造空气污染外,噪音更是饱困扰居民。 罗志兴指出,据居民所摄下的照片,该竹炭厂每日运作至凌晨或半夜,厂主无视居民作息时间。 “在大选前,瓜冷县议会曾3次发出传票给竹炭厂,每张传票罚款1000令吉,但不获业者重视;县议会于是在4月中,发出警告要求业主停工,同样没获重视。” 他说,因此,执法官员今早特往该处突击及决定即时封厂,整个过程至中午12时才结束。 “由于另两间厂也属非法营作,所以县议会也决定封厂。其实雪州政府早前曾致力漂白非法工厂,但遗憾业者没有参与及正视非法工厂所萌生的问题。”