June 6, 2013
pertanyaan mulut dan bertulis ADN TELOK DATOK
Mesyurat Kedua (Pembukaan) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Ketiga Belas Tahun 2013
-PERTANYAAN BERTULIS
1)Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Apakah status permohonan geran oleh 37 unit rumah di Kampong Fatimah (Kg. Ann Kiat), Sungai Manggis, Kuala Langat, Selangor.
2)Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Apakah status permohonan geran oleh pihak sekolah SJK C Tiong Nam di Sungai Buaya, Banting di sebidang tanah di tepi sekolah tersebut?
3)Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Meminta jumlah pendaftaran telah dibuat dalam Program Skim Mesra Usia Emas, OKU dan Tabung Warisan Anak Selangor mengikut susunan tahun sejak 2008 sehingga bulan Mei 2013 di DUN Telok Datok.
4)Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Meminta maklumat Lebuhraya SKVE yang mengandungi nama syarikat pengurusan, butir-butir peta jalanraya bermulanya Tol Ayer Hitam hingga ke Pulau Carey, caj tol untuk semua kelas kenderaan.
5)Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Meminta maklumat Leburaya West Cost Expressway E28 yang mengandungi nama syarikat pengurusan, jumlah tol, R&R, caj setiap tol mengikut kelas kenderaan, butir-butir peta jalanraya yang bermula dari Bandar Mahkota Banting (Selangor) sehingga Changkat Jering (Perak).
6) Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Apakah program atau peruntukkan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mempastikan tahap kebersihan kawasan kampong setiasa dijaga di DUN Telok Datok.
7) Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Berapakah jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan sektor pelancongan di DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib?
8) Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Berapakah jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor perindustrian di DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib?
9) Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
a)Berapakah jumlah permohonan lesen-lesen perniagaan di DUN Telok Datok, Morib dan Sijangkang merangkumi penjaja statik, gerai, pasar bangunan, yang dimohon dan ditolak sejak tahun 2008 sehingga Bulan Mei, 2013;
b)Apakah syarat kelulusan dan;
c)Sebab-sebab ditolak.
10) Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Berapakah jumlah peruntukkan di gunakan oleh Jabatan Pengurusan Saliran Selangor untuk membersih dan menyelenggara Sungai Langat sejak tahun 2008 sehingga Bulan Mei, 2013.
PERTANYAAN MULUT
1.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
(a)Adakah Kerajaan Negeri mangambil alih urusan penyelenggaran tapak perkuburan India di Sungai Sedu, Jalan Klang-Banting, Kuala Langat, Selangor?
(b)Adakah Kerajaan Negeri akan membina krematorium awam untuk kemudahan semua lapisan masyarakat di DUN Telok Datok?
2.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Adakah Kerajaan Negeri menaik taraf Jalan Kampong Lombong, Saujana Putra berkeadaan rosak serius kerana ia berkepentingan memberikan kemudahan pandu lalu dari Saujana Putra ke Taman Mas, Taman Putra Prima dan kawasan perumahan sekitarnya dan sebaliknya?
3.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Sila nyatakan jumlah kilang yang telah mohon dalam proses pemutihan, yang telah diluluskan dan kilang yang masih ingkar berbuat demikian sejak tahun 2008 sehingga akhir bulan April, 2013 mengikut jenis perniagaan, di kawasan DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib.
4.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Berapakah jumlah peruntukkan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menaik taraf / pembaikian infrastruktur Taman Permainan / Rekreasi mengikut susunan tahun dari 2008 sehingga bulan Mac,2013 dan menyenaraikannya mengikut susunan Daerah Negeri Selangor.
5.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
a)Berapakah jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk mencuci parit mengikut susunan tahun dari 2008 sehingga bulan Mac, 2013 di kawasan DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib;
b)Berapakah jumlah peruntukkan yang di salurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menurap Jalan Kampong mengikut susunan tahun dari 2008 sehingga bulan Mac, 2013 di kawasan DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib.
6.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Sila menyatakan jumlah peruntukkan yang telah di salurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan di Masjid, termasuk menurap kawasan lapang di dalam Masjid mengikut susunan tahun 2008 sehingga bulan Mac, 2013 di kawasan DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib.
7.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Sila menyatakan lokasi rumah mampu milik yang telah dirancang dan akan dibina oleh Kerajaan Negeri mengikut susunan tahun ia dibina, jumlah unit, keluasan dan harga mengikut Daerah masing-masing di Negeri Selangor.
8.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
a)Sila menyatakan jumlah peruntukkan yang telah disalurkan dalam Program Zon Bersih melalui PBT masing-masing sejak ia di perkenalkan,
b)Adakah Kerajaan Negeri bercadang memperluaskan Program Zon Bersih ke semua kampong-kampong di Negeri Selangor?
9. Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
Sila menyatakan jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada setiap SJK Cina dan SJK Tamil mengikut susunan Tahun sejak 2008 sehingga bulan Mac 2013 mengikut Daerah masing-masing di Negeri Selangor.
10. Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
a)Berapakah peruntukkan telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri dalam Program Membasmi Kemiskinan di DUN Telok Datok;
b)Berapakah jumlah keluarga miskin tegar, OKU atau bujang telah didaftarkan dan diberikan bantuan di DUN Telok Datok.
LOH CHEE HENG
ADN N.52 TELOK DATOK