February 15, 2011

Apa yang Jabatan Kejuruteraan MPKj Dapat Buat??

saya berasa teramat kesal dan sedih diatas masalah kerosakan jalan awam di sepanjang Persiaran Damai Perdana, Bandar Damai Perdana, Cheras, Selangor. Keadaan permukaan jalan raya berlubang, menakung air hujan (selepas hujan) menakung air longkang (selepas air hujan melimpah keluar dari dalam longkang). Semasa tuanpunya kenderaan melintasi jalan raya ini boleh terasa kenderaan anda terlompat-lompat belum tahu masa kenderaan akan terlepas angin kerana keluar masuk ke dalam lubang-lubang besar dan kecil.

saya berasa sedih mereka yang menunggang motosikal yang terpaksa lebih berhati-hati lagi apabila melintasi jalan raya ini. Apakah peuntukan RM1 juta daripada Pakatan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor tidak memikirkan keselamatan dan kepentingan masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan Bdr Damai Perdana, Bukit Belimbing dll?? Isu ini pernah dilaporkan dalam China Press Malaysia dihadiri dengan seorang Ahli Majlis MPKj yang saya tidak kenal. Menurut laporan media itu jalan ini akan diturap dalam masa 1 minggu, tetapi kini 2 bulan telah berlalu. DImanakah AUDUN Balakong yang menang dalam pilihanraya tetapi tak nampak orang?

saya telefon Mahajaya, orangnya kata telah hantar kasih MPKj untuk urus seliaan tak ada kaitan dengannya. kita orang bayar cukai pintu, cukai jalan hanya dapat jalan macam ini aje?

adakah Prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor lagi teruk daripada pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional dulu kala?

apa yang jabatan kejuruteraan MPKj dapat buat, semua hanya tau ambil gaji buta aje?

kesihan rakyat yang hidup dekat sini...


LIEW AH BENG
yang menulis dan sudah tinggal kat sini melebihi 7 tahun.