November 18, 2013

Solan Sidang Dewan Negeri Selangor Nov_Dec Pertanyaan Bertulis

Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Ketiga Belas Tahun 2013 (pada 19-22 Nov, 25-19 Nov dan 02 Dec, 2013) -PERTANYAAN BERTULIS 1)Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:- Apakah status pembangunan Kota Seri Langat di Sungai Sedu? (i)Sila nyatakan anggaran kos pembinaan; (ii)Keluasan tanah yang di ambil dan kos pembinaan yang terlibat; dan (iii)Adakah Bangunan Baru Majlis Daerah Kuala Langat akan dibina oleh Kerajaan Negeri dan berpindah ke Kota Seri Langat. 2)Apakah status dan perkembangan pengurusan tanah perkuburan Kampung Sungai Kelambu, Banting, Selangor? 3) Apakah status terkini permohonan membina gelanggan bola keranjang jenis bumbung di Telok Bunut, Banting; i) Sila menyatakan kos pembinaan yang terlibat; ii) Maklumat kontraktor yang dilantik. 4) Sila menyatakan Projek MARRIS yang telah dijalankan sejak Tahun 2008 hingga Bulan Oktober 2013 di dalam kawasan DUN Telok Datok. 5) Sila menyatakan jumlah pemohonan yang diterima sejak Tahun 2008 dalam Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, yang termasuk jumlah kelulusan, jumlah tolak, sebab tolak mengikut susunan Daerah. 6) Sila menyatakan jumlah permohonan Hadiah Pengajian IPT di Negeri Selangor. i)Jumlah permohonan yang diluluskan dan ditolak di dalam DUN Telok Datok sejak Tahun 2008 hingga Oktober, 2013 7). Berapakah jumlah sekolah rendah mengikut aliran jenis kebangsaan Cina, tamil,agama dan sekolah menengah yang telah dibina di dalam Daerah kuala langat, Petaling , Sepang dan Klang sejak tahun 2008 hingga bulan Oktober 2013. i) sila menyatakan status pembinaan sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah yang amat diperlukan untuk lebih hampir 20,000 ribu penduduk di Bandar Saujana Putra, Puchong; ii) sila menyatakan keluasan tapak yang telah diwartakan sebagai tapak sekolah ; dan iii) kos pembinaan. 8). Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti tanah kerajaan di Daerah kuala langat atau di Sepang untuk membina sebuah krematorium moden demi kemudahan dan keselesaan Rakyat, i)sila menyatakan kos pembinaan; ii)keluasan tapak dan iii) kos pembinaan. 9) .Berapakah jumlah peruntukkan yang diluluskan oleh kerajaan negeri untuk menaik taraf stadium jugra , telok datok yang bersejarah, dan merupakan medan latihan yang mewujudkan ramai atlet sukan negara yang ternama. i) sila menyatakan butir-butir lengkap perabot sukan / peralatan yang akan dinaiktaraf. ii)sama ada kerajaan negeri akan mengekalkan kadar mampu sewa kepada orang ramai atau harga sewa akan melampung naik selepas siap kerja naik taraf. 10).Sila menyatakan jumlah tuntutan perjalanan, mesyuarat dan makanan kesemua EXCO MMKN termasuk YAB Dato Menteri Besar sejak bulan Mei hingga Oktober 2013.