November 18, 2013

soalan sidang dewan negeri selangor 2013 Nov_Dec Pertanyaan Mulut

Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Ketiga Belas Tahun 2013 (pada 19-22 Nov, 25-19 Nov dan 02 Dec, 2013) -PERTANYAAN MULUT 1)Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:- Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membantu pekebun-pekebun sayur membaharui permit penggunaan tanaman di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di sebahagian kawasan Kampong Sungai Kelambu? i) SIla menyatakan tapak tanah Kerajaan yang di buka untuk tujuan tanaman sayur-sayuran di Daerah Kuala Langat dan Sepang; ‘ ii) Apakah jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu para pekebun yang memainkan peranan sebagai peransang ekonomi Negeri? 2) Adakah Kerajaan Negeri mewujudkan pengangkutan awam percuma menyambungi Bandar dan Pekan pinggiran pantai khususnya di dalam Daerah Kuala Langat? 3)Apakah dasar terkini penempatan semula Kuil Hindu, Tokong Cina,Persatuan Penduduk dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang mana struktur premis dibina dan menduduki diatas tanah milik Kerajaan? i) Adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengeluarkan Lesen Menduduki Sementara (T.O.L) kepada Persatuan / Pertubuhan tersebut? ; ii) Adakah Kerajaan Negeri menyediakan tapak baru untuk menempatkan Persatuan / Pertubuhan?; iii) Sila menyatakan jumlah wang, maklumat-maklumat penerima dari tahun 2008 sehingga bulan Oktober 2013 di DUN Telok Datok. 4)Sila menyatakan jumlah peruntukkan yang dibelanjakan oleh Selangorku dalam menambah baikkan infrasturuktur asas Kampung Jenjarom.Kampong Seri Cheeding, Kampung Telok Datok, Kampong Fatimah dan Bukit Perah sejak Tahun 2008 hingga Oktober 2013; i) Sila menyatakan kerja-kerja penambahbaikan yang dilakukan; ii) Jumlah kos setiap kerja yang telah dilakukan. 5)Berapakah jumlah peruntukkan yang digunakan untuk memaju dan mempromosikan sektor pelancongan di Negeri Selangor. i) jumlah pecahan mengikut susunan Daerah sejak tahun 2008 hingga Bulan Oktober 2013, ii) sila menyatakan jenis-jenis projek dan program yang telah di lancarkan di Daerah Kuala Langat; iii) sebarang projek dan cadangan untuk membangunkan kolam-kolam di Bandar Saujana Putra sebagai tampat beristirehat, riadah dan aktiviti sukan air? 6) Berapakah jumlah peruntukkan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk menebat banjir di DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib sejak Tahun 2008 sehingga Bulan Oktober, 2013? i) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina kolam takungan air di Pekan Banting untuk menyelesaikan masalah banjir ? ii) Apakah perancagan jangka pendek dan panjang untuk meleraikan masalah banjir di Pekan Banting oleh Kerajaan Negeri? 7) Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengiktiraf Pihak Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bagi tujuan naik taraf sebagai sebuah Majlis Perbandaran? i) Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membina sebuah Wisma MDKL yang baru dan dilengkapi dengan teknologi moden untuk semua Warga MDKL memandangkan Bangunan yang sediada berkeadaan padat ? ii) Jika Ya, sila berikan lokasi dan nyatakan kos pembinaan ; iii) Jika Tidak, mengapa? 8) Sila menyatakan pecahan peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam kerja-kerja Pengindahan Bandar dan Desa mengikut susunan setiap Daerah sejak tahun 2008 sehingga Bulan Oktober 2013? i) sebarang perancangan Kerajaan Negeri untuk mengindahkan Jalan Sungai Buaya, Kampong Sungai Jarom yang diminati dengan pelawat dalam dan luar negeri melancong ke Jenjarom. 9) Sejauh manakah Program “Blurprint” Pembasmian kemiskinan dinampak berkesan untuk meleraikan masalah miskin tegar di kalangan Rakyat Negeri Selangor? i) sila menyatakan maklumat golongan miskin tegar mengikut susunan kaum di dalam DUN Telok Datok yang telah berdaftar dalam program ini; ii) apakah bantuan yang berkesan untuk membuahkan hasil meleraikan masalah miskin tegar di Rakyat DUN Telok Datok? 10) Sila menyatakan sejauh manakah Dana Industri Kecil Negeri Selangor mendatangkan kesan membantu peniaga-peniaga membangunkan perniagaan? i) sila menyatakan angka permohonan mengikut susunan kaum di dalam DUN Telok Datok yang telah berdaftar dalam program ini; ii) jumlah kelulusan dan tolak. YB Tuan Loh Chee Heng Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan N52 Telok Datok.