May 18, 2009

Surat kepada anggota cawangan khas PDRM

Tuan / Puan / Cik / Sdr/Sdri/ Warga Malaysia,

DAPSY hendak hantar memorandum kepada YAB Perdana Menteri Malaysia pada jam 11.30 pagi di JPM. Anda semua digalakan bertegur sapa dengan kami. Janganlah menyorokkan diri di belakang tiang bangunan, di belakang pokok bunga dengan memakai View Camera tangkap gambar kami.(Saya akan menegur YB. Tuan Ong Boon Piow (ADUN Tebing Tinggi, Perak, lain kali jangan ambil View Camera dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak. Sekarang pihak polis telah menggunakan teknik yang sama, mungkin Ah Piow nak minta "trademark" cost daripada PDRM?)

DAPSY ialah sebuah pertubuhan yang sah di bawah Parti DAP. Kami bukan gongsi gelap, bukan gangster. Anda semua mempunyai talian hubungan dengan anggota special branch di Kuala Lumpur. Silalah menelefon mereka sejak bilakah DAPSY memerlukan "perlindungan" seramai lebih kurang 20 anggota dan 2 kereta meronda polis untuk menemani kami memasuki bangunan JPM.

Bahkan kami cuma menghantarkan memorandum berkenaan pelajar memperolahi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Kerajaan yang gagal mendapat bantuan biasiswa untuk perhatian YAB Perdana Menteri. Barisan pewakilan kami antaranya Ahli Parlimen dan Ahli DUN. Saya malu sikitlah, cuma Setiausaha Kebangsaan, Pemuda Sosialis DAP.

Saya berharaplah pihak PDRM lebih smart lagi, lagi pun, kita semua Rakyat Malaysia.

DAPSY Boleh, PDRM Lagi Boleh.

Loh Chee Heng
Setiausaha Kebangsaan, Pemuda Sosialis Parti DAP