May 8, 2009

Hati terperangkap dalam perbualan internet

Hari ini 8.5.2009 saya menerima satu panggilan telefon dari seorang perempuan kaum Cina berumur lebih kurang 30an memaklumkan saya adik perempuannya yang berumur dalam lingkungan 28 tahun di rogol oleh seorang warga asing di dalam bilik rumahnya dalam keadaan tidak sedar diri kerana termakam burger yang dipercayai dimasukkan ubat.

Mangsa telah buat repot di Balai Pudu (IPD Cheras). Mangsa Cik H juga mengalami kerugian kecurian laptop, kad kredit EON Bank, dokumen-dokumen penting. Suspek tersebut kini dikehendaki oleh Polis. Menurut mangsa, suspek mempunyai ukiran tatoo di belakang badan OCTOPUS,sebarisan TULISAN CINA, rambut pendek. Suspenk mendakwa diri sendirinya lahir di Dubai dan besar di Negara Kanada.

Suspek membawa kereta warna hijau, dengan no,daftar dari negeri Pulau Pinang. Kemungkinan juga no. itu adalah palsu.

Orang ramai diminta lebih berhati-hati dengan pemuda warga asing yang bermulut manis.Khususnya semasa melayari di internet.