June 27, 2009

Program Warga Usia Emas Negeri Selangor



Pertama sekali, saya menyambut baik Kerajaan Negeri Selangor mewujudkan Program Warga Usia Emas(PWUE).
Syarat Permohonan:-
PWUE menetapkan syarat pemohon mestilah warga emas di Negeri Selangor yang telah mencapai umur 60 tahun ke atas, atau, dilahirkan di Negeri Selango, atau, lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur SEBELUM 1.2.1974, atau , telah tinggal di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun (kena di buktikan oleh orang kenamaan tempatan,Penghulu, Ketua Kampong, ADUN atau Ahli Parlimen).

Kelebihan:-
(1)Dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian ahli (sijil kematian atau kertas tanam dikepilkan), ADUN akan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada penama (si waris) yang didaftarkan. Baki RM1,500 akan disampaikan kepada penama (si waris) yang didaftarkan dalam tempoh 60 hari berikutnya.

KEKURANGAN:- 56 orang YB. Tuan / Puan ADUN haruslah "standby" wang runcit yang secukupnya, sekurang-kurangnya RM1,000 di dalam akaun , dompet dan borang pendaftaran. Setiap hari ada warga emas mencapai umur 60 tahun dan juga ada warga emas meninggal dunia pada bila-bila masa.

YB-YB.Tuan / Puan ADUN haruslah bersiap sedia menjawab panggilan telefon daripada penama (si waris)atau ahli-ahli keluarganya bila agaknya akan memperolehi baki RM1,500.

Kelebihan:-

(2) Penama (si waris) boleh terdiri daripada individu seperti suami, isteri, anak, saudara, kenalan atau sesiapa sahaja. Ia juga boleh merupakan sebuah pertubuhan seperti badan kebajikan, rumah orang tua-tua, rumah anak yatim, rumah ibadat seperti surau, masjid, tokong, kuil, gereja dan sebagainya.

KEKURANGAN:- saya bagi contoh untuk tenungan YAB Menteri Besar Selangor. Ibu Tan Ah Leong (pemohon) tinggal di Ipoh, Perak. Dilahirkan di Ipoh, Perak. Beliau ada saudara mara tinggal menetap di Kajang, Selangor. Sebuah "pertubuhan" meminta ibu Tan Ah Leong tukarkan ALAMAT Kad Pengenalannya ke Kajang, Selangor. Tetapi faktanya, ibu Tan Ah Leong masih tinggal di Ipoh,Perak.Pemohon telah meninggal dunia bahru-bahru ini, sesalinan surat pengesahan dikeluarkan oleh orang kenamaan tempatan, atau ADUN atau Ahli Parlimen mengesahkan si mati telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun.

Yang mendapat faedah ialah "pertubuhan" /"sabjek yang mengeluarkan surat pengesahan". Adakah wang RM2,500 betul-betul disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya?

KEKURANGAN:- Sebanyak 2 kali saya menyebut-yebut dalam mesyuarat bersama pegawai Warga Usia Emas iaitu:-

Kerajaan Negeri Selangor mempunyai dana yang cukup kuat untuk membuka pejabat PWUE di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Banyak harta dan bangunan hartanah di sini. Jangan menyulitkan YB-YB ADUN / Ahli Parlimen untuk menguruskan perkara ini.

This is more than paper work, although its a goodwill give out by state govrt."

Kini cuma terdapat sebuah pejabat urusan di Rantaian Mesra Sdn Bhd
Alamat : Tingkat (G), Bangunan Darul Ehsan (bersebelahan Plaza Alam Sentral)
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Mengapa kena didaftarkan dibawah Sendirian Berhad??

Dalam paparan halaman internet seperti berikut sangat lucu dan saya tidak faham mengapa Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak tiada nama penghubung dan alamat dan pegawai bertugas? sangat lucu, sedangkan Ahli Parlimen BTR merangkap juga YAB Menteri Besar Negeri Selangor!!
http://www.selangor.gov.my/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=369&VertSectionID=4&CurLocation=4&IID=&Page=1

Sekali lagi saya ingin menegaskan, PWUE memang bagus, tetapi perlulah dikemaskan lagi kelemahannya.

Yang ikhlas,


LOH CHEE HENG
Setiausaha Kebangsaan Parti Pemuda Sosialis DAP
merangkap Setiausaha Negeri Wilayah Persekutuan DAP