March 13, 2010

Lampu padang rekreasi / permainan tidak bernyala

Saya berasa kecewa diatas tindakan dan prestasi petugas yang diamanahkan tugas oleh pihak pengurusan dan pentadbiran Jabatan Seni Taman & Kawalan Pembersihan Bandar, DBKL baru-baru ini. lanjutan berbanyak kali aduan dimajukan kepada jabatan ini lampu-lampu awam mengelilingi padang permainan kanak-kanak di Jalan Midah Tengah, Taman Midah tidak berfungsi pada waktu malam melebihi 1 bulan, sukacitanya tindakan ada diambil dalam masa 1 minggu; dukacitanya perkara yang sama berlaku selepas hari hujan. Penjelasan jabatan disebabkan jump suis tertutup dengan sendiri apabila ribut petir untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius dan memerlukan wang baiki yang banyak.

Saya tidak mempertikaikan fungsi jump suis yang serba membantu meringankan kerosakan lampu awam tetapi apa yang diminta oleh penduduk dan rakyat ialah pemeriksaan oleh merinyu jabatan haruslah bekerja lebih keras lagi demi memastikan lampu berfungsi seperti biasa selepas jump suis berlaku di taman-taman permainan kanak-kanak. Misalnya Jalan Senjolong 2 / 3, Taman Pertama dan juga alat-alat permainan rekreasi yang banyak rosak.

Loh Chee Heng
Setiausaha Negeri,
Parti DAP W.Persekutuan