July 14, 2009

Paksaan Pengawal Keselamatan Bandar Damai Perdana

Surat kepada Dato'Hasan Nawawi Abd Rahman

Salam hormat Dato'. saya merupakan seorang warga Kajang tinggal bersama ahli-ahli Sekeluarga di seksyen 10, Bandar Damai Perdana Fasa 2(BDP). Sejak satu minggu lepas, terdapat sekumpulan kaum India datang berpakaian Security meronda ke dalam kawasan perumahan saya. Mereka telah hantar wakil pergi ke setiap rumah menawarkan diri sebagai pegawal keselamatan di BDR!Setiap rumah dikehendaki membayar RM50 untuk mendapatkan perkhidmatan pegawal keselamatan itu. Setelah diminta oleh saya, mereka menunjukkan surat-surat sokongan daripada ADUN Taman Templer (surat tahun 2006), surat pengesahan daripada Kementerian Dalam Negeri (tahun 2007) dan sijil daftar syarikat SSM mengesahkan mereka sebagai satu syarikat perniagaan yang dibenarkan menjalankan kerja-kerja pengawalan kesemalatan di mana-mana tempat Malaysia.

Saya hairan, bimbang dan tidak faham. Sejak bilakah syarikat sendirian berhad ini boleh menggantikan kerja-kerja menjaga ketenteraman awam dan menjaga keselamatan nyawa, harta benda kami selaku warga Kajang / Malaysia.

Saya minta mereka tunjukkan surat pelantikan / surat kuasa diberikan oleh Kerajaan Tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Kajang, Selangor (MPKj), mereka kata akan dapatkannya kemudian. Adakah Dato' ada menerima permohonan daripada syarikat Sdn.Bhd. yang hendak menjalankan aktiviti sebegini. Ataupun nama baik Dato' dan MPKj telah disalahgunakan?

Malam semalam security sebegini telah melakar satu pelan kasar yang mahu memasang palang besi di Jalan-jalan utama, iaitu di tepi Pejabat Jualan Mahajaya. Mereka akan menutup jalan-jalan itu dan meminta sesiapa tidak bayar RM50 sebagai yuran perkhidmatan mestilah menyertai program ini, jika tidak mahu mauk kena disalinkan nombor kad pengenalan? Dato', di seksyen 10 terdapat 138 buah unit rumah.Kesemua kenderaan kami mesti melalui jalan utama tersebut,palang besi ini menjadi penghalang utama (atau lebih disifatkan sebagai struktur haram) boleh diberikan kelulusan untuk dipasangkan di Jalan Awam?

Siapakah yang boleh menutup jalan kecuali mendapatkan kelulusan daripada MPKj?

Sesiapakah yang dapat menjamin qualiti dan kerja mutu pengawal keselamatan ini?

Sedangkan mereka ini telah mengambil nombor telefon bimbit setiap pembayar, adakah nombor telefon tersebut tidak akan disalah gunakan?

Adakah MPKj telah menetapkan satu peraturan/ undang-undang untuk mengawal selia kewujudan perkhidmatan sedemikian?

Bukankah perkhidmatan sebegini labih baik dikendalikan oleh Persatuan penduduk untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa dan "check n balance" terhadap syarikat pengawal keselamatan?

Sekian, masa yang diluangkan oleh Dato' untuk membaca surat ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

yang benar,


loh chee heng
penduduk BDP fasa 2, Seksyen 10