January 19, 2009

Ahli Lembaga Penasihat DBKL


BERITA TERBARU.

Dua orang calon yang dilantik oleh Barisan Nasional (BN), masing-masing 1 dari UMNO, yang 1 lagi MCA, tempohnya hanya tamat pada awal tahun 2010. Hamba dinasihatkan tunggu-menunggu.

Hamba haruslah menjelaskan kedudukan hamba yang mana pelantikan sebagai salah seorang calon mewakili Negeri Selangor sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL belum pasti.

Untuk makluman semua, hamba belum lagi menerima sebarang keputusan muktamad daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor, maupun Mesyuarat Raja Negeri Selangor.Kepastian dan kedudukan hamba sebagai salah seorang calon idaman Kerajaan Negeri Selangor untuk menyandang jawatan itu belum muktamad, melainkan terdapat surat pelantikan.

Proses pelantikan ini memakan masa. Sebab,dalam Akta Ibu Kota 1960 telah menyatakan dengan jelas, dua (2)wakil daripada Kerajaan Negeri Selangor yang dicadangkan dalam Mesyuarat Raja Selangor disalurkan sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL.Senarai nama kedua-dua calon haruslah diwartakan oleh Yang Pertuan Agong, Tunku.

Walaubagaimana pun,hamba berasa sangat sukacita kerana telah dicalonkan oleh DAP Jawatankuasa Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan sebulat suara pada bulan Jun,2008. Khususnya bos saya Y.B.Datuk Tan Kok Wai (6 peggal sebagai Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Cheras), dan YAB. Tan Sri Lim Guan Eng (Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang). Dan hamba tidak lupa juga ketiga-tiga EXCO DAP Kerajaan Negeri Selangor (YB.Dato'Ean Yong Hian Wah, YB. Datin Paduka Teresa Kok dan YB.Dato'Ronnie Lew). Diatas daya usaha dan kesungguhan mereka setiap kali dalam Mesyuarat EXCO, pasti akan berdebar-debar bertanya kedudukan hamba.

Untuk makluman semua, hamba belum lagi dapat confirmation daripada mana-mana pihak, kalau ada, hamba akan maklumkan dalam blog hamba.

Sekian, Selamat Menyambut Tahun Bahru Cina 2009 "GONG XI FA CHAI"