May 2, 2008

ADUHAI Kesilapan Tawaran Notis DBKL

Saya merupakan salah seorang pemegang pelekat kereta KHAS yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Bandar DBKL. Pada 29.2.2008, iaitu sebelum pilihanraya umum ke 12 saya meletekkan kereta saya di petak letak kereta Jalan Loke Yew untuk menjalankan urusan rasmi di lokasi itu.

Tidak sampai 5 minit kemudian, cermin besar kereta saya dilekatkan dengan Notis Saman dikenakan tawaran kompaun RM100.Kesalahan tidak bayar meter meletak kereta.

Saya berasa sangat dukacita dan tidak puas hati dengan pegawai penguatkuasa yang tidak tahu keistimewaan pelekat KHAS. Iaitu boleh menikmati dikecualikan bayaran caj meter / melebihi masa tanpa membayar.

Walau bagaimanapun, sesalinan surat jawapan daripada Jabatan Hal Ehwal Undang-undang bertarikh 25.4.2008 telah menarik balik notis tawaran kompaun bernombor TAS 09283.

Insiden ini sekali lagi membuktikan ketidak profesional dan cuai oleh kakitangan DBKL.