June 8, 2011

Bantahan Sekeras kerasnya Pemindahan Pasar Basah Jalan Merlimau Kuala Lumpur



YB Tan Kok Wai, YB Fong Kui Lun dan Loh Chee Heng (Setiausaha DAP Cawangan San Peng) membantu semua penjaja membantah keras Konsortium menghalau penjaja berpindah keluar ke tapak pasar basah baru di Tepi Stesyen LRT Pudu.


Encik Song Chee Woon
Pengerusi,
Jawatankuasa Bertindak Pasar Jalan Merlimau, Kuala Lumpur.
Alamat Surat Menyurat : c/o: Blok 03-14-09, Perumahan Awam Seri Selangor, Jalan San Peng, 55200 Kuala Lumpur.

Tarikh : 7 hb Jun 2011

Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Ahmad Fuad bin Ismail
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur
Tingkat 27, Ibu Pejabat DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Y.Bhg.Tan Sri,

MENOLAK PEMBANGUNAN SEMULA PASAR JALAN MERLIMAU ATAS TANAH LOT 1165 GERAN 33410 SEKSYEN 69, BANDAR KUALA LUMPUR OLEH KONSORTIUM JENTERA JATI SDN BHD / NUSANTARA SDN BHD.
-------------------------------------------------------------------------------------

Dengan hormatnya kami adalah penjaja yang sudah berada di Pasar Jalan Merlimau, off Jalan Kenanga Kuala Lumpur sejak 40 tahun lalu secara sah dan berlesen. Pasar ini terletak bersebelahan tanah yang kini dibangunkan Kenanga Wholesale City.

Pasar ini telah berkhidmat kepada beribu-ribu keluarga Rumahpangsa-rumahpangsa Seri Selangor, Seri Sarawak, Jalan Hang Tuah, Jalan Loke Yew, Jalan Kenanga dan sekitarnya yang bergantung sumber keperluan harian mereka dari pasar ini. Kepentingannya tidak dapat dinafikan, apah lagi jika ia ditamatkan, ini akan menimbulkan berbagai kesusahan kepada penduduk-pendduduk sekitar.

Kami difahamkan sebuah konsortium, iaitu Jentera Jati Sdn.Bhd dan Nusantara Sdn.Bhd telah memohon untuk memperoleh dan membina sebuah komplek wholesale di tanah yang bertapakkan Pasar Jalan Merlimau yang menyamai Kenanga Wholesale City dan pihak Kementerian Kewangan telah meluluskannya dengan syarat-syarat yang tertentu.

Namun kami sebagai penjaja akan dipindahkan ke tapak lain iaitu tanah rezab milik KTM yang terletak di stesen LRT Pudu.

Kami membantah sekeras-kerasnya tindakan dan cadangan penempatan semula yang tidak memungut pandangan kami yang sudah tentunya akan menyebabkan kami hilang perniagaan dan pendapatan kerana tidak praktikal dan bakal menyusahkan para pelanggan.

Tapak KTM Alternatif Sementara

Walaupun konsortium tersebut mungkin akan menyediakan tapak alternative diatas tanah rezab KTM tetapi siapa boleh menjamin bahawa jika KTM hendak mengguna balik tanah rezab itu kemanakah kami penjaja-penjaja hendak berpindah lagi. Kami yakin nasib kami semakin teruk bila tanah rezab diambil balik oleh KTM.

Kami difahamkan tanah rezab KTM, jika dapat dijadikan pasar ganti pun merupakan alternatif sementara sahaja dan tidak akan kekal lama sebelum ia digunakan kerana apa yang kami fahamkan pihak tertentu ada racangan untuk membina lebih banyak medan letak kereta untuk para pengguna LRT dan MRT yang mana kemudahan Park N Ride akan dirancang di tanah KTM itu.

Oleh itu kami membantah pemilihan syarikat konsortium itu dan menolak cadangan penempatan semula penjaja kerana ia cuma berminat memilik hartanah pasar yang boleh mengaut keuntungan besar tanpa mengambil kira kekecewaan dan penderitaan kami.

Kami tidak mahu dilayan sebagai nomad berpindah-randah dari satu tempat ke satu atau lebih teruk dari itu seperti pelarian (refugees) tanpa maruah.

Kekalkan Pasar Di Tingkat Bawah

Kami rela bersetuju dan menyokong cadangan seseorang pemaju yang lain yang telah berjanji akan membina dan menyediakan tempat pasar di tingkat bawah secara moden dan teratur serta selesa manakala di tingkat-tingkat atas digunakan untuk premis perniagaan. Ini merupakan satu pendekatan maju dan baru untuk memenuhi cita-cita DBKL untuk membina Kuala Lumpur sebuah Bandaraya bertaraf dunia.

Konsep pasar basah dalam kompleks membeli-belah telah terbukti berjaya dinegara seperti Australia jia ia diurus dengan baik. Fungsi asal pasar masih diteruskan tetapi ia lebih canggih, bersih dan cantik.

Tanggungjawab Sosial Kerajaan

Kami berharap Kerajaan mengotakan janjinya untuk melaksanakan tanggungjawab sosial keatas rakyat seperti kami yang telah bersusah payah sepanjang 4 dekad sejak usia muda untuk membina perniagaan tetapi kini berdepan dengan pengusiran, dimanakah kami patut pergi?

Kami juga mengalu-alukan jaminan pihak seorang pemaju lain yang dapat mengekalkan kami ditapak sedia ada dengan tidak akan membebani kami dari segi kos atau tambahan fee.

Kami bersetuju bahawa konsep pasar kekal di tingkat bawah komplek akan menggalakkan lebih ramai kunjungan pelanggan dan ini meningkatkan harapan perniagaan kami. Jika mengikut konsep baru, bersih dan selesa, ini akan menambahbaik imej kawasan Jalan Kenanga dan Kuala Lumpur seperti mampu menarik lebih ramai kedatangan pelancong.

Sekian, terima kasih

Yang benar,



Song Chee Woon
Pengerusi
Jawatan Bertindak Pasar Jalan Merlimau
Bagi pihak Penjaja-Penjaja (Tel: 012-9891433)

Salinan kepada :

1. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najid bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
62502 PUTRAJAYA

2. Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri Kewangan II,
Kementerian Kewangan Malaysia
No.5, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62592 PUTRAJAYA

3. Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin
Menteri,
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
Aras 4, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2,
62100 PUTRAJAYA


4. Yang Berhormat Tuan Tan Kok Wai
Penasihat Kehormat merangkap Ahli Parlimen Kawasan Cheras
Pejabat Ahli Parlimen Cheras
No.532 A (Tingkat 1), Batu 3 ½, Jalan Cheras,
56100 Cheras, Kuala Lumpur.

5. Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun
Penasihat Kehormat merangkap Ahli Parlimen Kawasan Bukit Bintang
Pejabat Ahli Parlimen Bukit Bintang
No.20 A (Tingkat 1), Lorong Brunei 2,
Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.