November 3, 2011
Tarikh : 3 hb November, 2011
YBrs Ir Puan Fadilah binti Razalli
Timbalan Pengarah
Jabatan Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj, Jalan Cempakan Putih,
Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang Selangor.
Puan,
KEROSAKAN JALAN DI PERSIARAN DAMAI PERDANA, BANDAR DAMAI PERDANA, MUKIM CHERAS, KUALA LUMPUR SELANGOR (MPKj)
Surat Rujukan Jabatan : ( )dlm.MPKj.24/AM/KON/2006Jld17 tarikh 24.10.2011
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas. Surat jawapan YBrs Puan bertarikh 24.10.2011 dibawah rujukan ( )dlm.MPKj.24/AM/KON/2006Jld17 telah saya selamat terima pada 2.11.2011.
Saya dan ahli-ahli keluarga mengucapkan ribuan terima kasih diatas tindakan pantas dan cepat jabatan puan yang telah mengarahkan pihak pemaju perumahan menjalankan kerja-kerja menurap sebahagian jalan awam (Persiaran Damai Perdana) yang rosak dan berlubang serta menakung air selepas hari hujan.
kerja-kerja melepa yang tidak kemas (sambil lewa)
walaubagaimana pun, saya suka menarik perhatian YBrs Puan agar meminta kontraktor-kontraktor SYABAS / Indah Water Konsortium yang telah menjalankan kerja-kerja pengorekan sebahagian jalan di lokasi yang sama (Persiaran Damai Perdana) agar menampal dengan sebaik-baiknya permukaan jalan awam yang rosak dan berlubang. (sesalinan gambar-gambar yang saya tangkap disertakan)
saya juga mengepilkan sesalinan lakaran peta kasar yang mana tanda-tanda kerosakan jalan di lampirkan untuk tindakan susulan YBrs Puan.
kontraktor SYABAS dan Indah Water Konsortium patut didenda
saya tidak pasti sama ada pihak kontraktor SYABAS / IWK ada memohon daripada YDP MPKj untuk melakukan kerja-kerja pengorekan jalan awam atau sebaliknya. Jika Ya, mereka haruslah didenda kerana melakukan kerosakan jalan awam dan juga sikap pekerja yang sambil lewa tanpa mengambil kira betapa bahayanya permukaan jalan awam yang tidak ditampal dengan kemas akan mengyumbang kepada pembonceng motosikal jatuh lantas berlakunya kemalangan jalan raya.
Sekian, amatlah berbesar hati sekiranya YBRs Puan dapat mengarahkan kontraktor menjalankan kerja-kerja baik pulih dengan kadar yang segera.
Diatas bantuan dan masa YBrs Puan saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang ikhlas,
Loh Chee Heng
salinan kepada:-
YBhg Dato’Hasan Nawawi bin Abd Rahman
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj, Jalan Cempakan Putih,
Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang Selangor.