October 2, 2011

Saya dan ahli-ahli keluarga ada memandu kereta bershopping di tempat beli belah disekitar Bukit Bintang. Pada beberapa hari yang lepas, saya terbaca paparan maklumat dalam laman web Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengenai lebih kurang 200 warden trafik DBKL diberikan latihan dan taklimat untuk mengambil tindakan menyaman di beberapa Jalan Protokol di Ibu Kota, khususnya di Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, sekitar Chow Kit.

Sebagai seorang warga Malaysia yang mematuhi Undang-Undang Jalanraya, saya tidak membantah tindakan tegas DBKL mengambil tindakan menyaman, malah menunda kereta/van yang menjadi punca utama halangan di tepi jalan raya, malah saya memberikan “tumb up” untuk perkara ini. Para pemandu yang cuai, ingkar kepada peraturan jalan raya patut menerima pengajaran dari segi saman atau kenderaan ditunda.

Apa yang saya dan ahli-ahli keluarga saksikan pada jam lebih kurang 12.30tengahari tadi selepas kereta kami dipandu keluar dari Plaza Low Yatt menuju ke Jalan Bukit Bintang dan selepas Hotel Rayal Bintang di Persimpangan antara Jalan Pudu / Jalan Bukit Bintang terdapat 2 warden trafik DBKL dan 1 orang anggota trafik sedang bertugas dengan mengambil nombor plat kereta yang berhenti di kotak kuning yang sepatutnya para pemandu tidak patut berbuat sedemikian. Dalam bisikan hati, beberapa kereta bernombor pendaftaran Kuala Lumpur, 1 buah dari Pahang dan 1 buah dari Kedah telah warden menyalin nombor plat kenderaan masing-masing, tetapi tidak kertas saman dikeluarkan. Saya rasa tindakan mengirimkan saman ke alamat berdaftar pemilik kenderaan akan dibuat selepas ini.

Saya bukan menegur tugasan yang dijalankan oleh 3 orang anggota pegawai yang ingin menyaman atau ingin menjalankan kerja-kerja yang diamanhkan oleh pihak berkuasa, tetapi, apa yang saya sendiri nampak ialah sela masa lampu isyarat di persimpangan Jalan Pudu / Jalan Bukit Bintang telah lari. Penukaran dari lampu hijau ke merah dalam masa kurang perjalanan 4 hingga 5 kereta sahaja. Manakala di hadapan Persimpangan Jalan Hang Tuah / Jalan Pudu pula lampu isyarat masih merah dan menyebabkan semua kereta berbaris panjang sehingga berhenti di kotak kuning. Pemandu kereta tidak dapat berundur walaupun ingin berbuat demikian kerana kereta di belakang dekat sangat!

Siapa yang patut dipersalahkan? Adalakah warden-warden trafik patut berbudibicara dalam keadaan kesibukkan jalan raya dan kenderaan yang banyak dalam situasi tersebut?

Insiden kedua pada jam 4.45petang tadi semasa saya keluar dari Pavillion menuju ke Jalan Tun Razak dan berpusing balik ke Jalan Bukit Bintang, saya Nampak pula anggota trafik mengeluarkan saman kepada sebuah kereta Wira warna putih kerana melanggar lampu isyarat warna merah. Saman terus dikeluarkan tanpa menyembunyikan diri. Saya memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota trafik tersebut, dan pemandu yang melanggar Undang-undang patut di berikan amaran keras dan tindakan saman terus.


Loh Chee Heng
Warga Ibu kota.