April 27, 2011
Saya ada menerima satu aduan daripada ibu berbangsa Cina mengadu anaknya belajar di Tingkatan 3 dibuli dan dimaki oleh Cikgu mata pelajaran Bahasa Malaysia di sebuah sekolah di dalam Parlimen Cheras.Saya telah menelefon pihak sekolah untuk memahami isu dan masalah yang dibangkitkan oleh ibu. Budak lelaki ini berbadak serba gemuk, tetapi merupakan seorang ahli Kadet Polis di sekolah tersebut. Beliau lemah dalam semua mata pelajarannya di sekolah tersebut, tetapi saya telah ambil tahu dia seorang lemah lembut dan pendiam, ini yang menyusahkan cara saya berkomunikasi dengannya.Saya masih menunggu pegetua sekolah menelefon saya tentang perkembangan aduan ini. Pengetua sedang menjalani khusus di PPD. Budak ini takut ke sekolah sampai menggunakan jarum mencederakan sendiri.