July 17, 2009

含怨待雪正义何在?反贪污委员会还明福命来!!MACC Bertanggungjawab Diatas Kematian Sdr Teo Beng Hock!!




Terlalu banyak persoalan didalam pemikiran saya, kenapa, mengapa dan bagaimana Sdr.Teo Beng Hock boleh tersandai di roof top tingkat 5, Plaza Mazalam, Seksyen 9, Shah Alam? Tanpa diperasan oleh sesiapa anggota MACC.

Saya mahu tanya, orang yang logik, siapa mauhu tunggu dan berehat didalam bilik MACC lagi jikalau dikatakan oleh Mohd Shukri Abdul sudah membenarkan sdr. Teo pulang pada awal pagi 3.45AM! Saya bukan logik sangat pemikiran tapi juga mahu bergesa-gesa beredar dengan cepat meninggalkan tempat ini. Tambahan pula, sdr.Teo bersama dengan tunangnya akan pulang ke Melaka pada hari ini 17.7.2009 untuk menyempurnakan daftar perkahwinan. Orang sudah mau kahwin , mana ada unsur mahu "bunuh diri"? Jikalau Mohd Shukri Abdul kata sdr.Teo ialah saksi membantu dalam sisatan, adalakah MACC salah gunakan kuasa yang diberikan, soal siasat dan rakaman percakapan berterusan 24 jam!!

Mengapa Ibu Pejabat MACC Selangor tidak ada pemasangan litar rakaman video-CCTV, semua pintu di keluar masuk tingkat MACC Selangor perlu gunakan kad aksess, macam mana sdr.Teo boleh "jatuh" dari tingkap Plaza Mazalam. Sdr. Teo "jatuh" sendiri atau "ditolak jatuh" daripada ibu pejabat MACC? Saksi berada di dalam kawasan MACC,MACC tidak boleh melarikan tanggungjawab tidak memberikan penjelasan kepada ahli-ahli keluarga.......

Siapa yang patut bertanggungjawab diatas kematian sdr.Teo? MACC? Kenapa, sebab MACC tidak ada sebarang penjelasan yang cukup menyakinkan kami, untuk semua Rakyat Malaysia. Sebagai pegawai dan anggota yang telus dan bertanggungjawab, mereka mestilah letak jawatan serta merta demi menanggung kesilapan, kesilapan yang mengakibatkan kematian sdr.Teo.

MACC tidak berani cakap, beri penjelasan, sebab dia bukan bebas (independent) dia harus memberi muka kapada Bosnya, siapa, anda dan saya tau lah.

Loh Chee Heng
Setiausaha Kebangsaan,
Pemuda Sosialis DAP