May 4, 2009
Kakitangan Bahagian Mel Bungkusan DBKL haruslah Sopan Dengan Pelanggan
Y.Bhg.Dato'Ahmad Fuad Ismail
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Dato',
Salam sejahtera. Dato'.
Dato' tidak mengenali saya, tapi saya mengenali Dato'. Cerita saya bermula dengan begini, hari ini 4.5.2009 jam lebih kurang 9.25 pagi, saya disuruh oleh boss saya YB Tuan Tan Kok Wai menghantarkan surat rayuan kampung setinggan Jalan 1, Chan Sow Lin agar memohon pengurusan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan segala tindakan atau kerja-kerja perobohan di sini. Butir-butir surat seperti berikut:-
RAYUAN MENAWARKAN PPR SERI ALAM (FASA 2) DAN MENOLAK TAWARAN KE PPR RAYA PERMAI OLEH SETINGGAN JALAN 1 HINGGA KE JALAN 3/89B, OFF JALAN CHAN SOW LIN, KUALA LUMPUR (NO.KAJIAN NO.1 HINGGA 14)
Dengan hormatnya kami yang menurunkan tandatangan dibawah ingin menarik perhatian Y.Bhg.Dato’, kepada sekumpulan berjumlah 14 buah rumah setinggan yang dikehendaki hadir pada 4 dan 5 hb Mei, 2009 ke Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL untuk mencabut undi tawaran unit PPR Raya Permai (sesalinan surat dibawah rujukan (89)dlm.DBKL/JPP/STG/1-0312 Bhg 18 bertarikh 28.4.2009 untuk rujukan Y.Bhg.Dato’). Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.Bhg.Dato’ diatas tawaran tersebut, akan tetapi kami telah berjumpa dengan Y.B. Tuan Tan Kok Wai, wakil rakyat kami pada 30.4.2009 untuk menyarankan hasrat menolak tawaran itu.Dalam pada itu, kami telah juga meminta Y.B.Tuan Tan menulis sepucuk surat rayuan kepada Y.B.Datuk M.Saravanan, selaku Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 30.6.2008 tetapi belum ada jawapan.
Oleh yang demikian kami ingin merayu kepada Y.Bhg. Dato’ agar mempertimbangkan semula alasan-alasan seperti berikut:-
1) kawasan perumahan PPR Raya Permai tidak mempunyai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Kebanyakan anak kami bersekolah dalam aliran bahasa ibunda seperti di SRJK C Sam Yoke, dalam PPR Seri Alam dan SRJK T Batu 2 ½, Jalan Cheras,
2) ramai diantara kami ialah warga tua mendapatkan rawatan perubatan di Hospital UKM yang berjarak dekat dengan PPR Seri Alam yang dipohon,
3) kebanyakan kami bekerja di kilang kecil dan sederhana di kawasan Cheras, khususnya di Kawasan Perindustrian Chan Sow Lin,
4) mereka tidak dapat menanggung kos pengangkutan awam dan sara hidup bertambah jika berpindah ke PPR Raya Permai.
Kami berharap Y.Bhg.Dato’ dapat membenarkan rayuan ini sebagaimana yang dinyatakan dan meluluskan pemindahan ke PPR Seri Alam Fasa 2 yang bakal siap sepenuhnya nanti.
Surat ini dimestikan saya menghantarkannya di depan Pejabat Dato' tetapi keadaan kawalan pegawai keselamatan yang sangat ketat dan cara-cara kerja birokrasi yang tidak dapat dibayangkan, saya disuruh pusing ke belakang bangunan Menara DBKL 1, hantarkan surat saya ke Bahagian Mel dan Bungkusan.
Tak apalah, bisikan dalam hati saya. Tangan saya ada 4 pucuk surat lagi yang harus dimajukan kepada Encik Zulkifli Ibrahim- Timbalan Ketua Pengarah, Encik Abdul Samad bin Lope Pihie-Pengarah-Jabatan Pengurusan Perumahan, Encik Rolan bin Abd Rahman dan bahagian-bahagian DBKL yang berkaitan.
cara-cara bertutur yang dikeluarkan dari mulut penyambut Bahagian Mel dan Bungkusan tidak sopan. Melontarkan kata-kata surat ini Penting kena hantar sendiri ke jabatan-jabatan berkenaan.Sebab Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL di Jalan Pekeliling, Satu lagi surat kepada Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan di Menara DBKL 3.
Saya tidak dapat faham, sebagai seorang kakitangan berkhidmat di "Front Line" dapat meluahkan kata-kata kurang sopan kepada pelanggannya. Oh, Ya, Dato', pada masa tersebut saya tidak ada memperkenalkan diri saya sendiri, pegawai berkenaan tidak kenal saya. Kemungkinan besar dia layan saya sebagai seorang despatch kononnya sahaja!
Dato',kakitangan semacam ini perlulah dihukum dan diberikan latihan semula. Saya mengeyorkan agar dia di tukar tempat ke kaunter khidmat pelanggan, supaya mempelajari semula cara-cara melayan pelanggan.....
Sekian, harap maklum.
Loh Chee Heng
Setiausaha Politik Ahli Parlimen Cheras
Setiausaha Kenbangsaan, Pemuda Parti DAP (DAPSY)
Setiausaha Negeri, W.P.Kuala Lumpur