December 12, 2008

DAPSY Melangkah Ke Depan


Saudara/Saudari, Rakan Seperjuangan, Rakyat Malaysia,

Izinkan saya melafazkan ucapan ribuan terima kasih memilih saya menyandang Setiausaha Kebangsaan Pemuda Sosialist DAP (DAPSY).

Ini merupakan satu kepercayaan dan mandate yang kuat, bagaikan tenaga keyakinan yang teguh untuk menggerakkan saya bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh lagi bersama semua Ahli MEK dalam 2 tahun yang akan datang.

DAPSY merupakan sayap kiri parti DAP. Ahli-ahli pemuda DAPSY berani menyuarakan isu dan masalah Rakyat Malaysia maupun di cetakan media atau elektronik.

Tugas pertama yang bakal saya lakukan ialah mengukuhkan semula organisasi bahagian DAPSY. saya bersama dengan Ahli-ahli MEK akan melawat ke setiap bahagian mendengar pandangan / cadangan semua ahli-ahli pemuda. Program lawatan itu akan disiapkan sebaik sahaja Mesyuarat kali pertama MEK berlangsung pada 17.12.2008 di Ibu pejabat DAP, Petaling Jaya, Selangor.

Sdr/i, kita berdepan dengan cabaran / tugas yang berat. "To Strenght and Move Forward" DAPSY adalah tanggungjawab semua ahli pemuda DAPSY. Marilah kita kerja bersama-sama demi Parti untuk parti untuk mencapai satu kejayaaan yang lebih cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Sekian, Rakan Seperjuangan,

Loh Chee Heng
Setiausaha Kebangsaan
Pemuda Sosialist DAPSY